My Blog List

Direktori

sila klik butang pautan blog page di atas untuk link ke blog JIP, Isi-Isi Tugasan dll.



Model Pengajaran

Model-model Pengajaran:


Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita.


1.  Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat 


2.  Model Pengajaran Sistem Behavioral 



3.  Model Pengajaran Sosial 



4. Model Pengajaran Personal 




- Perbandingan Model - 


b. Tokoh 




Model Behavioral
Model Pemprosesan Maklumat
Model Sosial 
Model Personal

Ivan Petrovich Pavlov
(1849-1936)



J.B. Watson
 (1878-1958)













Edward L.Thorndike 
(1874-1949)



Burhuss Frederick Skinner
(1904-1990)














Robert M Gagne
(21 ogos 1916 – 28 april 2002)
































Albert Bandura 
(1925-hingga kini)











Carl Ransom Rogers
(1902-1987)





c. Prinsip/ Konsep Model 







MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
MODEL SISTEM BEHAVIORAL
MODEL SOSIAL
MODEL PERSONAL
Mengikut teori Gagne
·      Rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar diterima melalui deria2 manusia.
·      Melalui deria2 manusia, maklumat ditafsirkan dalam stor ingatan – jangka pendek/panjang.
·      Pengalaman disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting utk dikaitkan dgn pengalaman baru – memudahkan pembelajaran baru berlaku


·    Pengajaran langsung
·    Pengajaran langkah demi langkah (pengajaran masteri)
·    Contoh: mengaji Al-Quran.
·    Bahasa
·    matematik
1.     Simulasi
2.     Lakonan
3.     Main peranan
4.     Permainan

Kaedah kumpulan Erik Erikson:
·        Pengalaman diri
·        Pengalaman emosi
·        Perubahan T/L
       Model ini berorientasi pada individu dan pengembangan diri (self). Fokusnya adalah kepada pembentukan peribadi individu. Perhatian utama tertumpu kepada emosi seseorang, yang diharapkan membantu individu untuk mengembangkan hubungan yang produktif dan menjadikannya sebagai peribadi yang mampu membentuk hubungan dengan peribadi lain dalam konteks yang lebih luas serta mampu memproses maklumat secara efektif. Sasaran utama model pembelajaran ini adalah pengembangan peribadi atau kemampuan pribadi.

Model pembelajaran personal terdiri dan 4 jenis strategi pembelajaran, ialah:


1). Pengajaran tanpa arahan; Bertujuan untuk membentuk kemampuan dan perkembangan peribadi iaitu kesedaran diri (self awareness), pemahaman (understanding), autonomi, dan konsep kendiri (self con¬cept).

2) Latihan kesedaran; Bertujuan untuk meningkatkan kemampuan ‘self exploration’ and ‘self awareness’.

3) Sinektik; Bertujuan untuk mengembangkan kreativiti peribadi dan ,menyelesaikan masalah secara kreatif.

4) Sistem konseptual; Bertujuan untuk meningkatkan dasar peribadi yang baik.





·   Bengkel
·   Latihan
·   Kursus
·   Eksperimen /uji kaji.













d. Maklumat Tambahan 







MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
MODEL SISTEM BEHAVIORAL
MODEL SOSIAL
MODEL PERSONAL
Contoh model:

Inkuiri

Model ini,murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis.

Ekspositori

Model ini murid akan
menerima isi pelajaran dari guru
Contoh model:

Pengajaran langsung

Model ini berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi
pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran supaya menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran Masteri

Model ini digunakan untuk menyesuaikan pengajaran dimana faktor perbezaan
individu diambil kira.

Contoh model:

Pembelajaran Koperatif

Model pembelajaran
ini berfokuskan kepada perkembangan konsep dan kemahiran melalui kerja berkumpulan.

Main peranan & simulasi

Main peranan membantu murid- murid memahami tingkahlaku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. (Watak lakonan) Simulasi menggabungkan
maklumat mengenai satu-satu kemahiran
melalui demonstrasi ,praktis dan latihan khusus. 

Contoh model:

Synectics

Model ini mengajar
kemahiran menyelesaikan
masalah, aktiviti
penulisan dan bidang-bidang yang lain.


- Analisis SWOT Model - 




- Implikasi Model dalam P&P - 








Inkuiri
Murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul.

Ekspositori
Murid tidak digalakkan memikirkan atau menyoal tentang apa yang dipelajari. Mereka hanya mempelajari apa yang patut dipelajari sahaja.

Pengajaran Langsung
Kaedah ini agak sesuai untuk mengajar bacaan dan metematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan.

Pembelajaran Masteri
Dalam kaedah ini isi pelajaran disusun daripada mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid-murid agar murid dapat mengikuti pengajaran guru mengikut kadar kecekapan masing-masing.

Pembelajaran Koperatif
Kaedah ini akan meningkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan dan pembelajaran ini juga mempunyai impak ke atas pencapaian akademik dan harga diri murid-murid.

Main Peranan & Simulasi
Main peranan amat berguna dalam P&P sains sosial di mana murid-murid kita dapat memahami keprihatinan,nilai dan perspektif orang lain. Simulasi membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek yang sebenar.

Synectics
Murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya untuk mengaplikasi prosedur-prosedur tertentu secara individu dan kumpulan koperatif.



1.   Guru-guru yang hendak mula mengajar hendaklah memperoleh koleksi atau himpunan model yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu model daripada setiap kumpulan model tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan mereka.
2.   Guru-guru yang berpengalaman pula digalakkan untuk memperoleh model-model tambahan dari semasa ke semasa.
3.   Adalah disyorkan supaya kita menggabungkan model-model daripada kumpulan model yang berlainan dalam sesi pengajaran kita.
4.   Guru-guru yang berkesan perlu menguasai beberapa model seterusnya berusaha untuk mengasah yang sedia ada dan menambahkan yang baru kepada senarai lama sepanjang tempoh profesion keguruan.




No comments:

Post a Comment

Feedzilla: News stories about Science - Mind and Brain

Feedzilla: News stories about Health - Sleep