My Blog List

Direktori

sila klik butang pautan blog page di atas untuk link ke blog JIP, Isi-Isi Tugasan dll.



Nota-nota kelas:

Pautan blog lain:
http://mabjip.blogspot.com/2009/07/teori-behavioris.html




Main 


Main merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Hal ini kerana, kanak-kanak bermain dengan sukarela tanpa ada paksaan, main bermotivasi intrinsic, melibatkan penglibatan dan pergerakan secara aktif dan mempunyai kualiti yang melibatkan imaginasi. Di samping dapat belajar, bermain juga membolehkan kanak-kanak mengenali persekitaran melalui penerokaan, simulasi, lakonan dan sebagainya. 


Teori Main

1. The Surplus Energy Theory (Spencer 1896)

2. The Relaxation Theory (Patricle 1919)

Teori ini melihat main sebagai sesuatu yang mempunyai hubungkait. Hal ini dapat dilihat apabila main dapat mengurangkan beban daripada kerja di mana kerja memerlukan seseorang untuk berfikir, konsentrasi, dan sebagainya. 

3. The Instinct Practice Theory (Gross 1896)
Menurut teori ini, main dilihat sebagai satu latihan ke arah untuk mencapai kematangan apabila memasuki alam dewasa.

4. Cognitive Development Theory (Jean Piaget 1926)
Menurut Jean Piaget, main dapat membantu kanak-kanak menguasai pengetahuan dan membantu terhadap perkembangan. Main merupakan aktiviti yang tidak menghadkan aktivitinya dan dengan bermain, kanak-kanak dapat belajar daripada persekitarannya, contohnya bagaimana untuk bersosialisasi, bertolak ansur dan sebagainya.

5. Social Theories of Play (Damon 1983)
Main dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempraktikkan kemahiran dan melahirkan sentiment. Selain itu, main dapat menstabilkan emosi kanak-kanak.

Objektif permainan

1. Pengajaran bertujuan memberi penguasaan dan kemahiran teknik bersukan dan akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan. 

2. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor terpenting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dan prinsip permainan.

3. Kanak-kanak dapat menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap keseronokan maksima. 

4. Keseronokan dalam bermain dilihat pada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. 

5. Guru berperanan mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina sendiri kemahiran bersesuaian yang diperlukan dalam permainan. 

6. Penguaasaan kemahiran dapat dilihat sejauh mana keupayaan murid terhadap sesuatu permainan. 

7. Kesedaran taktikal dan membuat keputusan merupakan aspek utama sesuatu pengajaran selain daripada membina kemahiran dan teknik.

8. Memberi peluang kepada murid mengukur keupayaan murid.






--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pengajaran Vs Pembelajaran 






Pengajaran
Pembelajaran
Sampaikan ilmu
·        siri aktiviti yang menghasilkan perubahan T/L
Proses menyampaikan kemahiran, ilmu, sikap dan nilai.
·        Pengajaran ditakrifkan sbg sesuatu tugasan & aktiviti yg diusahakan bersama oleh guru & muridnya.
·        Pengajaran dirancangkan oleh guru secara sistematik & teliti utk melaksanakannya dgn kaedah & teknik mengajar yg sesuai, membimbing, menggalak & memotivasikan murid spy mengambil inisiatif utk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan & menguasai kemahiran yg diperlukan (Mok Soon Sang, 2004).


menerima ilmu
-proses menghasilkan T/L melalui pengalaman
-proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.


Feedzilla: News stories about Science - Mind and Brain

Feedzilla: News stories about Health - Sleep