My Blog List

Direktori

sila klik butang pautan blog page di atas untuk link ke blog JIP, Isi-Isi Tugasan dll.



Santapan Rohani




CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau
Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan
selanjutnya niat untuk hari-hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi
supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk
Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan
Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat
pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7
kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah
Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu
Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar
atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan.
Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-
majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat
mustajab.

23. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum
dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah
tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat
Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri
pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan
disediakan sebuah bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah
pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti
pahala Asiah dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya
disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah
Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan
semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan
bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul
Quran.

3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk
beramal di malam Al Qadr :

i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh
berjemaah.

ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran,
Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir
(Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al
Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.

iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

v. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk,
Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat
Istikarah.

vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan
terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul
Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

i. Pastikan Tarawikh terakhir

ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh
terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali
lagi dengan Ramadhan yang akan datang.






--------------------------------------------------------------------------------------------

10 Amalan Terbaik Tapi Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu''alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu''alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.

Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------





ARTIKEL INI DITUJUKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SAYA YANG SUKA SANGAT BALIK KAMPUNG SETIAP MINGGU. SEMOGA NOTA INI DAPAT MEMBERI SEDIKIT INPUT UNTUK ANDA SEMUA.
 Kredit to: Ahmad Fauzi bin Mohamed - Penulis Rencana ini.
Pendahuluan
Menuntut ilmu amat diutamakan di dalam kehidupan seseorang muslim.Keutamaan belajar atau menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama darisembahyang sunat. Imam Syafi'i r.a. berkata "menuntut ilmu itu lebih utama darisembahyang sunat." Dalam perkembangan yang sama Abu Darda' puladiriwayatkan berkata "kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalahlebih saya cintai daripada saya bangun beribadat sepanjang malam. Orang alim danorang yang menuntut ilmu itu adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan.Sementara orang-orang selain dari keduanya adalah sia-sia belaka, tiada bergunasama sekali".
Adapun ayat al-Quran yang berhubung dengan keutamaan belajar itu, diantaranya ialah yang bermaksud "Mengapa tidak ada sekelompokpun dari setiapgolongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama."(at-Taubah: 122). Sementara itu dalam hal yang sama telah diperjelaskan olehRasulullah S.A.W. mengenai kelebihan belajar melalui hadis-hadis berikut yangbermaksud "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuanmaka Allah s.w.t. akan mendorongkan baginya jalan ke syurga."; "Andaikata andaberangkat untuk mempelajari suatu bab dari ilmu pengetahuan, adalah lebih utamadari sembahyang seratus rakaat."; dan "Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atassetiap orang muslim.".
Ciri-Ciri dan Adab Pelajar
Dari perspektif Islam, seseorang pelajar atau murid harus mempunyaibeberapa ciri sebagai seorang pelajar. Ini penting agar ilmu yang hendak dicapaibukan sahaja dapat difahami tetapi memperolehi keberkatan daripada Allah. Adabjuga penting untuk mewujudkan keharmonian hubungan antara pelajar denganpengajar. Hubungan yang baik di antara guru dengan pelajar bukan sahaja akanmempercepat tetapi juga memudahkan proses penimbaan ilmu pengetahuan.Menurut Ibn 'Aqnin dalam Rosenthal (1992) sembilan syarat yang dituntut bagiseorang pelajar muslim ialah
(a) kesucian sifat;
(b) kesediaan untuk menanyakan soalan, dan semangat yang kritis yang tidak menerima secara membuta segala apayang diajarkan, tetapi walaupun demikian mengakui akan kelebihan pengalaman gurunya;
(c) tidak menghiraukan hal-hal kewangan dan keluarga;
(d) mahir dengan prinsip disiplin yang diberikan dahulu dan kemudian barulah butir-butirnya supayamampu menghadapi kesangsian dan perbezaan pendapat sekalipun jika padapermulaannya, adalah lebih baik bagi pelajar menjauhkan diri daripadanya danmempercayai gurunya;
(e) ada sedikit kebiasaan dengan pelbagai perbezaanpendapat, kerana masing-masing menjelaskan yang lain (seperti yang diajar dalamfalsafah Aristotle);
(f) sentiasa merenung perhungan antara ilmu, amalan yang sucidan penghidupan;
(g) pengabdian diri yang sepenuh jiwa raga kepada ilmu tanpamotif luaran, dari mana tidak ada kekurangan kemajuan dalam pelajaranpelajarannyayang akan melemahkan semangatnya;
(h) kesediaan untuk keluarmencari guru yang baik (berhubung dengan pengembaraan Muslim dalam mencariilmu); dan
(i) penghormatan yang besar kepada guru, hampir pada memuliakannya.
Adab-Adab Belajar

Berdasarkan ciri-ciri yang digariskan, maka dapat dinyatakan bahawa adabbelajar mengikut perspektif Islam adalah seperti berikut: Seseorang pelajarhendaklah mempunyai sifat-sifat mazmumah iaitu mensucikan hati lahiriah danbatiniah daripada sifat-sifat yang tercela. Ilmu pengetahuan pula adalah ibadatbatin mendekatkan jiwa kepada Allah. Jadi untuk mengesahkan ibadat batin ini,terpaksalah hati yang bertindak sebagai wadah (bekas) dicuci terlebih dahulu, agarilmu pengetahuan itu suci daripada sifat-sifat tercela. Ini selaras dengan sabdaRasulullah S.A.W yang bermaksud "ditegakkan agama atas kebersihan".
Pelajar hendaklah mengurangkan kesibukan dan menjauhkan dariberkecimpung dalam urusan duniawi. Malah kalau boleh hendaklah menjauhkan diridari kaum keluarga dan kampung halaman. Pelajar mestilah tidak mempunyai sifatsombong kepada ilmunya dan jangan sekali-kali menentang gurunya. Seorangpelajar harus hormat dan berkhidmat kepada gurunya agar mendapat pahala dankemulian di sisi Allah. Dalam hal ini, seorang pelajar tidak sepatutnya hanya mahubelajar kepada seseorang guru yang terkenal kealimannya. Hendaklah seorangpelajar mentaati segala tunjuk ajar guru dan meninggalkan pendapat diri sendiri.Seorang guru itu lebih berpengalaman secara lebih luas dan halus tindak-tanduknya,meskipun pengajarannya itu dirasakan amat ganjil dan pelik tetapi sebenarnyamempunyai faedah yang amat besar.

Allah Ta'ala mengisahkan Nabi Khidir a.s. danNabi Musa a.s. (al-Kahf : 67 – 70) yang bermaksud "Engkau (Musa) tidak sanggupbersabar besertaku. Bagaimana engkau bersabar dalam persoalan yang belumberpengalaman di dalamnya. Jika engkau mengikut aku maka jangan bertanyasesuatu, sehingga aku sendiri akan mencerikakan kepadamu nanti".
Hendaklah seorang pelajar rajin bertanya kepada guru tetapi mengenaipersoalannya yang dalam ruang lingkup yang diizinkan oleh gurunya. Allahberfirman dalam surah an-Nahl: 43 yang maksudnya "Bertanyalah kepada ahli ilmujika kamu tidak mengetahui".

Walau bagaimanapun dari segi adab, seseorang pelajartidak digalakkan untuk bertanyakan soalan yang belum sampai peringkatpembelajaran atau pemahaman kerana ini adalah perbuatan yang dicela. Dalamperkembangan bearkaitan, Saidina Ali r.a berkata: "Hak dari seorang yang berilmu(guru), ialah jangan engkau banyak bertanya kepadanya! Jangan engkau paksakandia menjawab, jangan engkau minta bila dia malas. Jangan engkau pegang kainnyabila dia bangun, jangan engkau siarkan rahsianya! Jangan engkau caci orang lain dihadapannya, jangan engkau tuntut kelalaiannya! Jika dia silap terimalahkemaafannya! Haruslah engkau memuliakan dan membesarkannya kepada Allah,selama dia menjaga perintah Allah. Jangan engkau duduk di hadapannya! Jika diamemerlukan sesuatu, maka ajaklah orang ramai menyegerakannya.".

Pada peringkat permulaan, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripadamendengar pertentangan pendapat, iaitu daripada banyak guru, sama ada ilmukeduniaan atau akhirat. Pertentangan pendapat-pendapat itu akan mengusutkanfikiran, meragukan hati, melemahkan pendapatnya sendiri, mengetahui danmendalami ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun setelah meneliti dan mengikutisatu cara sahaja atau dari seorang guru sahaja, maka kemudian dibolehkanmendengar mazhab-mazhab atau guru-guru lain untuk mendapat penyerupaan diantara pendapat-pendapat. Jika seorang guru itu hanya mengambil dan mengajarilmu dan pendapat dari satu mazhab sahaja, pelajar hendaklah berwaspada.Menurut Imam Al-Ghazali, orang seperti ini lebih banyak menyesatkan darimemberi petunjuk. Ini adalah kerana pengajar itu dalam keadaan cetek danmengenai perbahasan ilmu pelajaran.
Seorang pelajar itu hendaklah mempelajari semua mata pelajaran, janganmeninggalkan sebahagian yang lain kerana hanya mahukan maksud tertentu danmata pelajaran yang diambilnya itu. Jika umur pelajar itu panjang, pelajarilah pulailmu pelajaran itu secara mendalam. Jika dirasakan telah tua dan mungkin tidaksempat, maka pelajarilah bahagian yang lebih penting dan utama, seperti ilmuFardhu Ain. Pelajar hendaklah mengetahui bahawa ilmu yang paling utama ialah"mengenal Allah Ta'ala".
Pelajar juga hendaklah memelihara tatatertib dan susunan dalam menuntutpelajaran. Jangan berpindah ke bahagian yang lain sebelum tamat bidang yangsedang dipelajari, kerana sebahagian ilmu pengetahuan itu menjadi jalan untukmempelajari bahagian ilmu yang lain. Jangan ditinggalkan sesuatu pelajaran itumelainkan setelah benar-benar dikuasai sama ada dari segi ilmiahnya dan jugaamalinya. Jangan mengambil kebenaran berdasarkan apa yang kamu lihat orangmelakukan, kerana tidak semua orang mengetahui seluruh ilmu pengetahuan.Sebaliknya hendaklah pelajar itu belajar secara ilmiah untuk mencapai kebenaran.Saidina Ali r.a berkata "Engkau tidaklah mengetahui kebenaran dari orang-orang.Tetapi ketahuilah (pelajarilah) kebenaran itu, barulah engkau akan mengetahuiahlinya (orang yang benar)".
Pelajar hendaklah mengenali ilmu yang paling mulia dengan cara melihatkepada hasilnya apabila akan membawa kepada kebahagiaan abadi di dunia dan diakhirat. Manakala ilmu alam akan membawa kepada kehidupan duniawi hidup(anak). Oleh itu ilmu agama mengenai Allah AzzawaJalla, malaikat-malaikatNya,kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan ilmu menuju kepada Allah adalah paling muliadan utama. Pelajar hendaklah sedar bahawa tujuan belajar adalah menghiasi danmencantikkan hati dengan sifat-sifat keutamaan (sifat mahmudah).

Jangan sekali kali bertujuan menuntut ilmu untuk menjadi pemimpin, memperoleh harta dankemegahan, melawan orang bodoh dan membangga diri. Pelajar yang sedangmempelajari ilmu akhirat, tidak seharusnya memandang hina pelajar yangmempelajari ilmu keduniaan, kerana mungkin ilmu keduniaan itu termasuk dalambidang fardhu kifayah dituntut.
Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Ismail Mahmood (1989) telah turutmengutarakan beberapa adab belajar mengikut perspektif Islam. Menurut beliau olehkerana belajar sebagai salah satu tuntutan agama maka ia hendaklah didahuluidengan niat yang ikhlas iaitu semata-mata untuk menuntut keredaan Allah Ta'alaselaras dengan hadis Rasulullah S.A.W (hadis sahih Bukhari dan Muslim) yangbermaksud "Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagitiap-tiap seorang perkara itu dia niatkan". Ini bermakna dalam mengejar ilmu,seseorang pelajar itu tidak seharusnya mempunyai niat untuk mencapai tujuantujuankeduniaan seperti berharta, kepimpinan, kemukaan, mengatasi kawan-kawanyang sebaya dengannya dan juga mendapatkan pujian manusia.

Firman Allah dalam surah al-Sura: 20 yang bermaksud "Barang siapa yang mahukan hasil (pahala)akhirat nascaya Kami tambah kepada padanya hasil dan barang siapa yangmahukan hasil dunia nascaya Kami berikan sebahagian daripadanya dan tidakakan ada bahagian pahala baginya di akhirat nanti".
Dalam surah al-Asra: 18, Allah berfirman bermaksud "Barang siapa mahuyang segera (dunia) nescaya Kami segerakan kepadanya di dunia ini mengikut apayang kami kehendaki iaitu kepada orang yang kami mahukan". Sabda RasullullahS.A.W. seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang bermaksud "Barangsiapa yang belajar ilmu yang dibuat untuk mencari wajah Allah tetapi diamempelajarinya bukan kerana itu bahkan kerana mendapatkan tujuan (barangan)dunia nescaya dia tidak mendapat bauan syurga di hari kiamat".
Salah satu adab belajar ialah seseorang pelajar itu tidak dibenarkan belajarkecuali daripada guru yang sempurna keahliannya, diyakini keilmuannya danmashyur penjagaannya. Sesungguhnya Muhammad bin Sirim, Malik bin Anas danlain-lain golongan salaf telah berkata yang maksudnya "ilmu ini sebagai agama,maka lihatlah kamu daripada siapa yang kamu akan ambil agama kamu." (Adab-Adab Berkaitan Dengan Al-Quran, 1989, hal. 43). Ini bermaksud seseorang pelajar ituharuslah memandang kepada gurunya dengan pandangan yang hormat, percayadan yakin tentang kepakarannya yang sempurna dan dapat menandingi orang diperingkatnya. Islam menganjurkan agar pelajar itu bersedekah kepada gurunya dansentiasa berdoakan gurunya dengan doa yang bermaksud "Wahai Tuhanku tutuplahkeaiban guruku daripada aku dan jangan hilangkan keberkatan ilmunyadaripadaku" (Adab-Adab Berkaitan Dengan Al-Quran, 1989, hal. 43).
Seseorang pelajar yang menghadiri sesuatu majlis ilmu hendaklah beradabdengan sifat-sifat yang ditunjukkan oleh 'ahli-ahli' seperti yang telah diriwayatkandaripada Ali bin Abi Talib yang maksudnya "Di antara hak guru ke atas kamu ialahkamu memberi salam kepada orang ramai secara umum dan kamu khususkanbaginya dengan satu salam. Kamu duduk di hadapannya, jangan mengisyaratkandengan tangan kamu di sisinya dan jangan mengerling dua mata kamu, jangankamu berkata; "Orang itu berkata berlainan dengan apa yang kamu kata. Janganmengumpat di hadapannya, dan jangan berbincang dengan orang yang dudukbersamamu di dalam majlis. Jangan memegang kain apabila dia hendak bangun danjangan mendesakkannya apabila dia malas dan jangan berpaling dengan sebab lamabersamanya" (Adab-Adab Berkaitan Dengan Al-Quran, 1989, hal. 44).
Selain itu pelajar hendaklah juga menutup umpatan orang lain terhadapgurunya sekiranya dia berkuasa. Jika sekiranya dia tidak dapat menolak makaadalah lebih baik dia meninggalkan majlis itu. Seseorang pelajar juga perlu beradadalam keadaan bersuci, bersugi serta lapang hati daripada perkara-perkara yangboleh menghalangnya apabila ia hendak masuk menemui gurunya. Adalah tidakwajar bagi pelajar masuk tanpa meminta izin sekiranya gurunya itu berada ditempat-tempat yang memerlukan kepada keizinan. Selain daripada mengucapkansalam kepada hadirin dan mengkhususkan salam kepada gurunya ketika hendakmasuk, pelajar juga harus mengucapkan salam kepadanya dan hadirin ketikahendak pulang. Ini dinyatakan dengan jelas dalam hadis yang maksudnya "keranasalam yang pertama tidak lebih berhak dari salam yang kedua" (Adab-AdabBerkaitan Dengan Al-Quran, 1989, hal. 45).
Jika dilihat dari sudut kedudukan tempat duduk, pelajar yang datang lewattidak dibenarkan melangkah tengkok atau belakang orang yang terdahuludaripadanya. Dia hendaklah duduk di tempat yang dia boleh sampai kecualidiizinkan oleh guru supaya ke hadapan atau dia mengetahui dari keadaan merekabahawa mereka (pelajar-pelajar lain) mengizinkannya. Walaupun dia diberikeutamaan oleh pelajar lain, janganlah keadaan ini menyebabkan diamembangunkan seseorang dari tempat duduknya kecuali ada kemuslihatan kepadahadirin dalam mendahulukannya ataupun ada perintah daripada guru. Seseorangpelajar juga tidak seharusnya duduk di antara dua kawan melainkan mendapatkeizinan kedua-duanya. Jika kedua-duanya melapangkan tempat duduk kepadanyabolehlah dia duduk dan merapatkan dirinya duduk bersama.
Pelajar-pelajar juga haruslah menjaga adab dan ketenteraman majlisberkenaan. Dia hendaklah duduk di hadapan guru sebagaimana duduk pelajarpelajarbukan sebagai duduk guru-guru. Awasi diri agar tidak meninggikansuaranya dengan nyaring tanpa sebab, ketawa, bermain-main dengan tangannyadan sebagainya. Jangan berpaling ke kanan dan ke kiri tanpa sebab, bahkanhendaklah dia berhadapan dengan gurunya. Di antara perkara-perkara lain yangdituntut supaya diambil berat ialah tidak membaca di hadapan guru ketikakesibukan hatinya, ketika dia jemu, ketika dia tidak tenang dan pada ketika-ketikalain seumpamanya yang menghalangnya dari memberi penumpuan danmenyempurnakan tugas. Pelajar hendaklah rebut peluang pada masa-masa gurunyaberada dalam keadaan yang cergas dan berupaya memberi penumpuan terhadappengajaran.Kekasaran dan keburukan perangai gurunya hendaklah dihadapi dengansabar. Janganlah perkara-perkara ini menghalangnya dari mendampingi dan darimenyakini tentang kesempurnaan gurunya. Sekiranya guru telah melakukankekasaran terhadapnya maka hendaklah dia meminta maaf daripada gurunya danmelahirkan bahawa kesalahan yang sebenarnya ialah daripadanya (bukan daripadagurunya). Hal ini adalah lebih memberi manfaat kepada dirinya di dunia dan diakhirat serta akan menyukakan hati gurunya. Para ulama ada menyatakan"Barang siapa yang tidak bersabar menghadapi kehinaan pengajaran nescayaberkekalanlah umurnya didalam kejahilan dan barang siapa bersabar dengannyanescaya pekerjaannya berakhir dengan kemuliaan akhirat dan dunia" (Adab-AdabBerkaitan Dengan Al-Quran, 1989, hal. 47).
Adalah tidak memadai sekiranya seorang pelajar itu mendapat sedikitsedangkan ia mampu mendapat lebih banyak. Oleh itu pelajar adalah dituntutsupaya mengambil berat tentang pelajaran serta belajar dengan tekun. Walaubagaimanapun seorang pelajar tidak digalakkan membebankan dirinya dengansesuatu yang tidak mampu dilaksanakannya kerana ini akan menyebabkan diaberasa jemu dan kehilangan apa yang telah diperoleh sebelumnya. Hal inibergantung kepada keadaan seseorang pelajar yang berkenaan.
Sekiranya pelajar datang ke majlis ilmu dan didapati gurunya masih belumtiba, dia hendaklah menunggu di muka pintu. Sekiranya dia mendapati gurunyasedang tidur atau sibuk dengan urusan penting maka janganlah dia meminta izinuntuk masuk bahkan dia hendaklah bersabar sehingga gurunya terjaga atausehingga lapang masanya, atau dia terus pulang. Seorang pelajar sepatutnyasentiasa membaca hafalannya dan tidak memberi gilirannya kepada orang lain,kerana pengutamaan kepada orang lain dalam kebaikan adalah makruh, berlainandengan pengutamaan dalam bahagian kelazatan diri yang digalakkan. Sekiranyaguru bermasalah dalam memberi pengutamaan lalu mengisyaratkan supayaseseorang pelajar itu berbuat demikian, maka pelajar tersebut hendaklahmematuhinya.
Pelajar tidak seharusnya berdengki dengan mana-mana pelajar darikalangannya atau orang-orang lain atas kelebihan yang dianugerahi Allah. Ia tidaksepatutnya berasa hairan dengan keistimewaan yang diberikan Allah kepadanya.Untuk menghilangkan perasaan ini dia harus mengingatkan dirinya bahawa apayang dihasilkannya bukanlah dihasilkan dengan usaha dan kekuatannya bahkan ituadalah kurniaan daripada Allah. Oleh itu dia tidak sepatutnya hairan dengansesuatu yang bukan dijadikan olehnya bahkan perkara itu hanyalah sebagaisimpanan (wadi'ah) yang diamanahkan oleh Allah kepadanya. Perasaan dengki pulaakan hilang apabila dia mengetahui bahawa hikmat Allah menghendaki dijadikankelebihan itu di tempat yang dikehendakiNya. Oleh itu dia tidak sepatutnyamenentang dan tidak benci kepada hikmah yang dikehendaki dan dipersetujui olehAllah Ta'ala.
Adab Membaca
Salah satu kegiatan utama atau aktiviti penting di dalam belajar ialahmembaca atau mentelaah buku-buku pelajaran. Dalam hal yang berkaitan, adabmembaca al-Quran seperti yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali (disesuaikan olehSyaikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi terjemahan oleh Syed Ahmad Semait)dapat dijadikan panduan dalam menentukan adab membaca buku pelajaran.Menurut beliau, Imam al-Ghazali menggariskan dua adab yang harus dipatuhiketika membaca al-Quran iaitu pertama tertib lahiriah dan kedua tertib batiniah.
Tertib-tertib lahiriah yang harus diikuti ketika membaca al-Quran adalah hendaklahberada di dalam keadaan bersih iaitu berwuduk terus menerus dengan penuh adabdan tenang. Dia boleh membaca secara berdiri atau duduk, tetapi sebaik-baiknyamestilah mengadap kiblat, menundukkan kepala, tidak duduk secara bersilang kaki,tidak bersandar ataupun duduk seperti orang-orang yang sombong (takabur). Tidaksalah membaca al-Quran tanpa berwuduk atau dalam keadaan berbaring di atastempat tidur, tetapi hanya akan mengurangkan pahalanya. Ini selaras denganfirman Allah yang bermaksud dalam surah al-Imran : 191 yang bermaksud: "Merekayang mengingati Allah (berzikir) dalam keadaan berdiri dan duduk dan ketikaberbaring serta memikirkan tentang kejadian petala langit dan bumi".
Pembacaan al-Quran mestilah dalam berkadar iaitu dibaca setiap hari samaada banyak atau sedikit. Dalam perkembangan berkaitan Usman Zaid bin Tasbit,Ibu Massaud dan Ubai bin Ka'ab r.a. melakukan pengkhataman al-Quran pada tiaptiaphari Jumaat dengan membahagikan pembacaannya kepada tujuh hizib(bahagian al-Quran). Membaca al-Quran dengan talqin atau membaca dengan lagudan tajwid. Ini sangat dituntut kerana tujuan utamanya ialah memikirkan maksudmaksudnya.Pembacaan sedimikian menandakan penghargaan dan penghormatandan akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati daripada membacanya secaratergesa-gesa atau sambil lewa sahaja.
Menangis ketika membaca al-Quran amat dituntut kerana kehibaan di hatimemikirkan ayat-ayat yang berunsur ancaman dan kecaman serta janji-janji Allahberserta orang-orang yang melanggar perintahnya. Dalam konteks mentelaah matapelajaran, kita mesti menginsafi kebesaran Allah sebagai pemilik ilmu yang mutlak.Oleh yang demikian, hendaklah dimulai pembacaan dengan terlebih dahulumembaca ayat al-Quran yang bermaksud "Aku berlindung dengan Allah yang mahamrendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang terkutuk".
Pembacaan al-Quran hendaklah dengan suara yang rendah. Membacasedemikian adalah lebih selamat daripada perasaan riak dan menunjuk-nunjukkepada orang ramai. Namun begitu pembacaan yang nyaring adalah dituntut selagipembacaan itu tidak menimbulkan sifat riak dan selagi tidak mengganggu oranglain. Memperindahkan pembacaan dan mentertibkan supaya tidak dibaca terlalupanjang sehingga merosakkan susunannya. Di antara hadis-hadis Rasullullah S.A.W.yang berkaitan ialah yang bermaksud "Perindahkanlah (bacaan) al-Quran dengansuara kamu" dan "Tidak dikira dalam golongan kami, orang yang tiadamembacanya dengan suara yang baik".
Rumusan & Kesimpulan
Ilmu sebagai komponen utama dalam pendidikan mempunyai proses-prosestertentu. Di antara kegiatan yang terpenting ialah proses belajar dan mengajar.Kedua-dua kegiatan tersebut adalah melibatkan pelajar atau pelajar yangberperanan untuk menuntut ilmu di satu pihak manakala guru pula berfungsisebagai pembimbing dan pemberi ilmu pengetahuan di pihak yang lain. Ajaranagama Islam sebagai panduan hidup (ad-din) seluruh umat manusia telah dilengkapidengan panduan-panduan yang sempurna untuk umatnya mengharungi hidupbukan sahaja untuk kebahagiaan hidup di dunia tetapi juga untuk kebahagiaan diakhirat. Kebahagiaan di dunia meliputi hubungan manusia sesama manusia danalam sementara kebahagiaan di akhirat pula adalah merangkumi hubunganmanusia dengan Allah Ta'ala.
Catatan:Artikel ini merupakan sebahagian artikel penulis semasa mengikutipengajian ijazah pertama di Universiti Utara Malaysia.

( copy paste drp facebook)

Feedzilla: News stories about Science - Mind and Brain

Feedzilla: News stories about Health - Sleep